I made this widget at MyFlashFetish.com.

April 11, 2011

Kerachut Be@ch => Pen@ng

Pantai Keracut


Pasir yang memutih....
Tasik Meromitik yang unik

Camping site

Air terjun di Penang National Park

Keindahan Pantai Kerachut yang menawan & menarik menjadikanya sebuah tempat percutian pilihan yang pasti mampu menyembuhkan diri dari kehidupan di Bandar yang penuh dengan stress dan kesibukan.

Terdapat 2 cara untuk ke Pantai Kerachut. Pertama dengan berjalan @ hike dan yang kedua dengan menaiki bot.
Dengan hanya Rm 15 untuk setiap orang (1 hala), menaiki bot adalah cara yang paling cepat & selamat. Terdapat juga bot-bot nelayan di sekitar persisiran Teluk Bahang yang sedia membawa anda ke destinasi. Namun harga yang ditawarkan tidak tetap, so try tawar-menawar untuk harga yang lebih baik dan mampu.

Terdapat juga Hotel dan Resort di sekitar Batu Ferringhi yang menyediakan perkhidmatan bot untuk ke Pantai Kerachut. Antaranya adalah, Golden Sands Resort and Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa.

Ataupun, anda boleh menaiki kapal persiaran sambil menikmati keseronokan keindahan panorama laut yang membiru, walaubagaimanapun berjalan @ hiking merupakan satu aktiviti yang menjadi pilihan kini . Ini kerana jalan ke Pantai Kerachut lebih mudah dan kini pelbagai infrastruktur perhubungan telah ditambah baik berbanding 4 tahun dahulu. Pelbagai signboard telah diletakkan disepanjang jalan bagi memudahkan para pelancong dan pencinta alam untuk kekawasan Pantai Kerachut, Monkey Beach, Muka Head Lighthouse dan pantai-pantai lain. Perjalanan dengan berjalan atau hiking mengambil masa selama 1 ~ 2 jam, sewaktu perjalanan para pengunjung akan terpukau dengan panorama hutan yang subur dan menghijau di Penang National Park.

Perhatian sebelum masuk ke Penang National Park @ Pantai Keracut anda perlu mendaftar di kaunter terlebih dahulu, ini perlu supaya apabila terdapat sesuatu perkara tidak diingini, pihak berkuasa(ranger hutan) akan mencari anda. Semestinya pendaftaran adalah PERCUMA!

Salah satu flora yang terdapat di dalam hutan tersebut ialah Kacang mete(Cashew nuts) yang banyak terdapat disini. Pohon-pohon kayu yang subur banyak didapati di dalam hutan disepanjang luar persisiran pantai. Fauna seperti kelawar dan burung sangat banyak disini.
Monyet pula boleh dilihat dengat gelagat mereka mencari makanan di kawasan camping mencari lebihan makanan.

Di waktu petang, pemandangan matahari terbenam serta bot-bot nelayan yang pulang, serat deruan hempasan ombak dan kicauan burung sudah cukup untuk menghilangkan kebosanan diselitkan pula dengan aktiviti memancing. Rusa dan babi hutan
sangat jarang dilihat sewaktu bukan musim pelancong datang.
Pantai Kerachut ialah salah satu diantara pantai di Penang yang mempunyai pusat pemuliharaan penyu, dan satu-satunya pantai yang mempunyai penyu jenis Green Sea Turtle
Chelonia mydas.

Dipercayai Green Turtle hanya bermigrasi ke sini untuk bertelur kerana rumpai yang menjadi makanan asasinya (algae) banyak terdapat disekitar Pulau Pinang.


Pusat Pemuliharan penyu merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh Jabatan Perikanan Negeri 16 tahun lepas. Telur penyu diperolehi dari tempat lain, sebagai permulaan sebanayak 17,345 ekor anak penyu telah dilepaskan ke laut diantar 2001 - 2006.

Sekarang, pantai tersebut telah Berjaya menarik penyu dewasa untuk bertelur disitu. Terdapat anatara
35 green badge pemandu pelancong yang akan membuat jadual untuk pelancong masuk dan bilangan pengunjung adalah terhad, berdasarkan polisi pemuliharaan taman Negara.
Berdasarkan kepada wakil Jabatan Perikanan, musim terbaik untuk melihat penyu bertelur adalah antara Jun dan Julai. Jadi, sebelum menentukan waktu untuk kesana pastikan waktu tersebut adalah seperti yang dinyatakan supaya anda tidak terlepas pengalaman berharga melihat penyu bertelur.

Meromictic lake 

Tasik Meromictic merupakan antara tarikan lain di pantai Keracut, tasik ini hanya dapat dilihat setiap 6 bulan sekali setiap tahun. Tasik ini terdapat dua lapisan air yang mempunyai suhu berlainan. Suhu air dibawah adalah lebih suam berbanding lapisan air diatas. Air masin yang suam terletak dibawah manakala air tawar terletak diatas lapisan air suam tersebut, jarak tasik tersebut tidak jauh dari pantai Keracut. Menariknya kewujudan tasik ini adalah bergantung kepada daya tarikan gravity Bulan.


Sebagai peringatan anda perllu membawa makanan sendiri, dapur, arang dan bilik air telah disediakan oleh pihak berkuasa, aktiviti BBQ di malam hari pasti sangat seronok dan meninggalkan satu pengalaman yang cukup menarik buat anda.

“And when evening comes, it is where you can enjoy the breathtaking view of the
beautiful sunset, amidst the beatings of endless ocean wave coming down the
shores.”  (^_^)

No comments:

Post a Comment